PELABURAN LANGSUNG ASING

PELABURAN LANGSUNG ASING :
KESAN KE ATAS PELABURAN DAN GUNA TENAGA DALAM NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA
CHIEW LING NA
JK10205/14
DI BAWAH SELIAAN:
Dr. KU’ AZAM TUAN LONIK
PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
2017/2018
PELABURAN LANGSUNG ASING :
KESAN KE ATAS PELABURAN DAN GUNA TENAGA DALAM NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA
CHIEW LING NA
JK10205/14
PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
2017/2018
PELABURAN LANGSUNG ASING :
KESAN KE ATAS PELABURAN DAN GUNA TENAGA DALAM NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA
CHIEW LING NA
Laporan projek tahun akhir yang diserahkan kepada Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, sebagai memenuhi sebahagian syarat untuk dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Ekonomi), Universiti Sains Malaysia
2017/2018
PENGHARGAAN
Pertam sekali, saya berasa amat bersyukur kepada Tuhan ke atas rahmat, nikmat, pertolongan dan petunjuk-Nya di dalam memberi keizinan dari segi keupayaan dan kemampuan untuk saya menyiapkan projek tahun akhir ini.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih saya terutamnya kepada Dr. Ku’ Azam Tuan Lonik diatas tunjuk ajar yang tak terhingga nilainya dan hanya Tuhan sahaja yang mampu membalasnya. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Dekan, Timbalan-Timbalan Dekan,, Profesor-Profesor, Doktor, Pensyarah dan semua warga Pusat Pengajian Jarak jauh Universiti Sains Malaysia. Saya amat berterima kasih di atas bimbingan, bantuan dan dorongan yang tak terhingga yang diberikan kepada saya sepanjang tempoh pembelajaran saya di Universiti Sains Malaysia.

Tidak lupa juga saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ribuan terima kasih yang tulus ikhlas kepada keluarga dan rakan-rakan saya terutamanya rakan sekerja saya atas sokongan mereka yang henti-henti dan memahami keperluan masa saya dalam menyiapkan projek tahun akhir ini.

Chiew Ling Na
iBORANG AKUAN KEASLIAN
Adalah saya ………………………………………………………………………
No Kad Pengenalan : ……………………………mengakui bahawa kerja-kerja penyelidikan dan penghasilan Laporan Projek Tahun Akhir ini adalah dilakukan sendiri oleh saya dan bahawasanya tidak ada bahagian daripada Laporan Projek Tahun Akhir ini diambil/ditiru/di ceduk daripada mana-mana penulisan terdahulu.

Nama pelajar: …………………………… Tandatangan pelajar:
No. Matrik: ………………………………
Saksi:
(Tandatangan dan cop penyeli) …………………………………
(Nama penyelia) …………………………………
(Tarikh) …………………………………
ii
KANDUNGAN
PENGHARGAAN………………………………………………………………..iAKUAN KEASLIAN…………………………………………………………….ii
KANDUNGAN……………………………………………………………………iii
SENARAI JADUAL.…………………………………………………………….iv
SENARAI RAJAH.………………………………………………………………v
SENARAI SINGKATAN………………………………………………………..viABSTRAK…………………………………………………………………………. PAGEREF _Toc490211879 h Error! Bookmark not defined.ii
ABSTRACT………………………………………………………………………. PAGEREF _Toc490211880 h Error! Bookmark not defined.ii
BAB 1: PENDAHULUAN..………………………………………………………. PAGEREF _Toc490211881 h Error! Bookmark not defined.1.1 Pengenalan…..…………………………………………………………………. PAGEREF _Toc490211883 h Error! Bookmark not defined.1.2 Sejarah Pelaburan Langsung Asing di Malaysia……………………………….3
1.3 Struktur FDI di Malaysia……………………………………………………………………5
1.4 Pernyataan Masalah………………………………………………………………………….7
HYPERLINK l “_Toc490211887” 1.5 Objektif Kajian……………………..………………………………………….8
1.6 Kepentingan Kajian.…………………………………………………………..8BAB 2 : SOROTAN KARYA…..………………………………………………….9
2.1 Pendahuluan……………………………………………………………………9
2.2 Sorotan Karya………………………………………………………………….10
2.2.1 Pelaburan Langsung Asing(FDI)…………………………………………..10
2.2.2 FDI dan Gunatenaga………………………………………………………..11
2.2.3 Hubungan FDI dan KDNK…………………………………………………13
2.3 Ringkasan……………………………………………………………………….13
BAB 3 :METODOLOGI KAJIAN………………………………………………..14
3.1 Pendekatan Kajian……………………………………………………………..14
3.2 Data Kajian…………………………………………………………………….15
BAB 4 : DAPATAN DAN PERBINCANGAN……………………………………16
4.1 Dapatan Kajian…………………………………………………………………16
4.2 Perbincangan……………………………………………………………………24
BAB 5 : KESIMPULAN……………………………………………………………26
RUJUKAN………………………………………………………………………….27
iii
SENARAI JADUAL
Tajuk muka surat
Jadual 1 : Jumlah pelaburan langsung asing dalam sektor pembuatan
dari tahun 1990 – 2016. 6
Jadual 2 : Jumlah pelaburan langsung asing dalam negeri-negeri
di Malaysia. 18
Jadual 3 : Kadar peratusan pelaburan langsung asing daripada
Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) 24

iv
SENARAI RAJAH
Tajuk muka surat
Rajah 1 : Jumlah pelaburan langsung asing dalam subsektor
sektor pembuatan. 21
Rajah 2 : Jumlah gunatenaga dan pelaburan langsung asing
negeri-negeri di Malaysia dari tahun 1990-2016 23
Rajah 3 : Jumlah gunatenaga dan pelaburan langsung asing
negeri-negeri di Malaysia dari tahun 1990-2016 24
v
SENARAI SINGKATAN
FDI foreign direct investment / pelaburan langsung asing
MIDA Malaysia Investment Development Authority / Lembaga
Pembangunan Pelaburan Malaysia
KDNK Keluaran Dalam Negara Kasar
AS Amerika Syarikat
E & E Elektrik dan Elektronik
vi
ABSTRAK
Pelaburan Langsung Asing (FDI) memainkan peranan penting dalam mempercepatkan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Tumpuan utama kertas kajian ini adalah untuk menganalisis hubungan antara Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan gunatenaga sektor pembuatan di Malaysia dalam tempoh masa 26 tahun sebagai tahun kajian iaitu dari tahun 1990 sehingga 2016.. Faktor lain seperti keluaran dalam negara kasar (KDNK) di Malaysia turut dibincangkan dalam kajian ini. Semua data yang digunakan untuk menjalankan kajian ini diperolehi daripada data sekunder daripada Jabatan Perangkaan Malaysia dan MIDA dengan menggunakan analisis deskriptif iaitu kaedah analisis siri masa berdasarkan data yang sedia ada. Berdasarkan penemuan dalam kertas kajian ini menunjukkan FDI dan pertumbuhan dalam sektor pembuatan di Malaysia adalah bebas. Memandangkan FDI boleh mencapai pertumbuhan hanya jika negara tuan rumah mempunyai tenaga buruh yang mantap dan berkemahiran tinggi, oleh kerana itu kerajaan perlu memberi tumpuan kepada peranan potensi terperinci yang FDI dapat berinteraksi dengan modal insan dalam rangka untuk mempengaruhi perkembangan masa depan sektor pembuatan yang positif di Malaysia.

vii
ABSTRACT
Foreign Direct Investment (FDI) plays an important role in accelerating the development and growth of the Malaysian economy. The main focus of this paper is to analyze the relationship between Foreign Direct Investment (FDI) and manufacturing sector in Malaysia over a period of 26 years as a year of study from 1990 to 2016. Other factors such as gross domestic product (GDP) in Malaysia are also discussed in this study. All the data used to carry out this study was obtained from secondary data from the Department of Statistics, Malaysia and MIDA by using descriptive analysis ie time series analysis based on existing data. Based on the findings in this study paper, FDI and growth in the manufacturing sector in Malaysia are free. Given that FDI can achieve growth only if the host country has a strong and skilled labor force, therefore the government should focus on the potential potential role that FDI can interact with human capital in order to influence the future development of the positive manufacturing sector in Malaysia .

viii
BAB 1: PENDAHULUAN
Pengenalan
Pelaburan langsung asing (PLA) atau lebih dikenali sebagai Foreign Direct Investment(FDI) adalah ukuran pemilikan asing aset-aset yang produktif seperti kilang,lombong dan tanah. Terdapat tiga komponen utama dalam FDI iaitu modal ekuiti, perolehan yang dilaburkan semula dan modal lain khususnya urus niaga pinjaman antara syarikat. Menurut Bank Dunia (1996), pelaburan langsung asing (FDI) ditakrifkan sebagai pelaburan yang dibuat untuk memperoleh atau mengekalkan kepentingan pengurusan yang berkekalan dalam sebuah syarikat perniagaan yang beroperasi di luar negara. Saham biasa minimum atau pengundian keperluan stok ialah 10%. Selain itu, menurut BPM5 Manual Imbangan Pembayaran: Edisi Kelima (BPM5) (Washington, DC, Tabung Kewangan Antarabangsa, 1993), FDI merujuk kepada pelaburan yang dibuat untuk memperoleh kepentingan berkekalan dalam perusahaan yang beroperasi di luar ekonomi pelabur. BPM5 turut mencadangkan ambang 10 peratus pemilikan ekuiti untuk melayakkan pelabur sebagai pelabur langsung asing. Pelaburan langsung asing (FDI) adalah pelaburan dalam perniagaan oleh pelabur dari negara lain yang mana pelabur asing mempunyai kawalan terhadap syarikat yang dibeli. Organisasi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) mendefinisikan kawalan sebagai memiliki 10% atau lebih dari perniagaan. Perniagaan yang membuat pelaburan langsung asing sering disebut multinational corporation (MNC) atau perusahaan multinasional (MNE). Sesebuah perusahaan multinasional (MNE) adalah sebuah syarikat yang didaftarkan di lebih dari satu negara atau yang berfungsi di lebih dari satu negara.

1
Pelaburan langsung asing memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi. Oleh itu, peningkatan dalam pelaburan asing boleh dijadikan satu ukuran pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Fenomena pelaburan asing terhasil daripada globalisasi yang melibatkan integrasi sistem ekonomi domestik dan pasaran global. Ianya dapat dicapai melalui pembukaan sektor ekonomi untuk pelabur asing menubuhkan perniagaan di dalam ekonomi domestik. Inisiatif yang menarik telah diambil oleh pelbagai negara sejak dua dekad yang lalu untuk menggalakkan ekonomi negara mereka sebagai salah satu destinasi pelaburan langsung asing. FDI merupakan salah satu aktiviti multinasional sesebuah syarikat. Walaupun pada tahap yang paling asas pelaburan langsung asing adalah satu modal yang menyeberangi sempadan antarabangsa, namun pada hakikatnya isu-isu pelaburan langsung asing ini adalah rumit. Pelaburan langsung asing ada dasarnya merupakan pakej yang berpotensi menjadi aset yang akan mencipta aset dimana ianya akan memberi impak yang besar kepada negara-negara tuan rumah. Bora(2002) menyatakan, dalam dekad yang lalu terdapat kepentingan ynag besar dalam “Forces for Globalization”. Daripada jumlah yang dikenalpasti, perdagangan barangan dan perkhidmatan antarabangsa dan peningkatan dalam pengeluaran antarabangsa melalui syarikat multinasional telah dikenalpasti sebagai faktor yang penting. Pada tahun 2016, aliran masuk bersih FDI di Malaysia adalah sebanyak RM47.2 bilion berbanding dengan RM5.1 billion pada tahun 1990. Malah, kadar pertumbuhan tahunan pelaburan langsung asing sepanjang dekad yang lalu melebihi pertumbuhan perdagangan barangan dan perkhidmatan antarabangsa.
2
Dalam konteks Malaysia, dasar yang dilaksanakan akan dipastikan agar terus menyokong kemasukan pelaburan asing yang baru dan menjadikan Malaysia terus kekal sebagai destinasi pilihan syarikat daripada luar negara yang datang untuk mencaripeluang pelaburan di rantau Asia. Di antara inisiatif dasar yang dilakukan oleh Malaysia adalah seperti satu siri perjanjian Jaminan Pelaburan(IGA), insentif cukai dan bukan cukai, meningkatkan proses pentadbiran dn sistem serahan awam, mengurangkan kos perniagaan dan liberalisasi sektor secara berperingkat. Keutamaan juga diberikan kepada komitmen terhadap dasar ekonomi yang kukuh. Aliran sebenar FDI Malaysia dilaporkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia atau lebih dikenali sebagai Malaysian Investment Development Authority(MIDA) dan Jabatan Perangkaan Malaysia dalam akaun kewangan imbangan pembayaran yang disiarkan setiap suku tahun. Data MIDA adalah merujuk kepada pelaburan sebenar yang dilaburkan di Malaysia di dalam semua sektor.
1.2 Sejarah pelaburan langsung asing di Malaysia
Pelaburan Langsung Asing (FDI) memainkan peranan penting dalam mempercepatkan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Khususnya, negara-negara membangun yang bergantung kepada FDI untuk mempromosikan ekonomi mereka kerana mereka menghadapi kekurangan modal untuk mereka proses pembangunan FDI bukan sahaja membawa masuk modal dan menghasilkan limpahan teknologi, tetapi juga membantu dalam pembentukan modal insan yang berkemahiran ke negara-negara membangun. Sejak dua dekad yang lalu, Malaysia telah menerima banyak pelaburan
3
langsung asing. Walaupun jumlah pelaburan asing pada umumnya meningkat
pada tahun-tahun yang lalu. Strategi perindustrian di Malaysia mula dipergiatkan selepas negara mencapai kemerdekaan dan sekarang ini menjadi
usaha menuju ke arah negara perindustrian maju pada tahun 2020 merupakan tumpuan utama negara. Penyertaan modal asing dalam sektor perindustrian pembuatan semakin penting sejak pengenalan Ordinan Industri Perintis pada tahun 1958, Akta Galakan Pelaburan 1968 dan Akta Zon Perdagangan Bebas pada tahun 1971. Daya tarikan Akta Galakan Pelaburan dan Zon Perdagangan Bebas amat meluas, disamping dasar kerajaan dan suasana politik yang stabil dan infrastruktur yang baik telah menarik pelaburan asing secara besar-besaran sejak penghujung dekad 1980-an (Anuwar & Rasiah. 1996). Peningkatan ini juga telah dipengaruhi oleh beberapa peristiwa ekonomi yang membabitkan Jepun dan Negara Perindustrian Baru (NPB) Asia. Namun sejak awal 1990-an, terdapat beberapa tempoh perlambatan yang berlaku ke atas pelaburan asing di Malaysia. Pada tahun 1993 FDI jatuh secara drastik disebabkan oleh perlambatan pelaburan dari dua sumber utama pelaburan untuk Malaysia iaitu Jepun dan Taiwan. Salah satu sebab utama kelembapan ini adalah kenaikan kadar upah di Malaysia berbanding negara-negara Asia Tenggara yang lain seperti Vietnam dan Indonesia. Pelaburan dari Amerika Syarikat agak stabil kerana sebahagian pelaburannya adalah dalam sektor petroleum dan petroleum tidak terjejas oleh kenaikan upah dalam sektor perkilangan. Krisis mata wang tahun 1997 yang menjejaskan hampir semua negara di Asia Tenggara juga mengurangkan jumlah pelaburan ke Malaysia. Walau bagaimanapun, pelaburan
4
dari Amerika Syarikat juga tidak terjejas. Selain itu, susut nilai Ringgit Malaysia yang drastik berbanding dengan Dolar AS juga mengakibatkan peningkatan dalam nilai pelaburan tersebut.
1.3 Struktur FDI di Malaysia
Dari segi industri, penerima utama FDI dalam tempoh 20 tahun yang lepas adalah elektrik dan elektronik, kimia dan produk kimia, produk petroleum termasuk petrokimia, pembuatan makanan, produk logam asas dan percetakan kertas dan pelbagai kelebihan ekonomi ke atas lokasi tumpuan pelabur, terutamanya pelaburan langsung asing. Sejak tahun 1970-an, didapati bahawa negeri maju seperti Selangor telah menjadi pelabur utama dan menjadi lebih penting selepas tahun 2001. Berikutan peningkatan dalam pelaburan langsung asing global serta peningkatan keyakinan pelabur, Malaysia kekal menjadi destinasi pelaburan yang menarik walaupun persaingan amat sengit daripada ekonomi sedang pesat membangun lain. Di samping itu, Malaysia sebagai
destinasi pelaburan dijangka terus kukuh dengan peningkatan kedudukan Malaysia dalam pelbagai penanda aras perniagaan global. Malaysia menduduki tempat ke-7 penerima FDI di Asia dengan mencatatkan aliran masuk FDI bersih sebanyak RM17.2 bilion pada separuh masa pertama iaitu Januari sehingga Jun 2014 berbanding Januari sehingga Jun 2013 iaitu sebanyak RM17.7 bilion dengan 10.5% daripada pelaburan dalam sektor pembuatan. Dalam The World Bank’s Doing Business Report 2014, Kedudukan Malaysia meningkat kepada kedudukan ke-6 dari posisi ke-12 pada 2013, menjaringkan kredit pada kedudukan pertama, melindungi pelabur yang ke-4 dan yang ke-5 dalam melakukan perdagangan melintasi sempadan .
5
Tambahan pula, kedudukan Malaysia juga meningkat ke tangga ke-15 dari kedudukan ke-25 dalam Pelaburan Langsung Asing 2014 Indeks Keyakinan oleh A.T. Kearney. Malaysia juga meningkat ke kedudukan ke-12 dari 15 dunia IMD 2014. Dalam Competitiveness of Book Year, Malaysia mencatatkan kecekapan perniagaan ditempat yang ke-5, prestasi ekonomi yang ke-9, kecekapan kerajaan pada tempat ke-15 dan infrastruktur di tempat yang ke-25. Tambahan pula, Laporan Daya Saing Global 2014-2015 menduduki ranking Malaysia di antara 20 teratas ekonomi berdaya saing daripada 144 buah negara yang dikaji.
Jadual 1 : Jumlah pelaburan asing dalam sektor pembuatan dari tahun
1990-2016

Sumber: Ubah suai data pelbagai tahun MIDA
6
1.4 Peryataan masalah
Bagi Malaysia, FDI sangat digalakkan untuk membantu dalam mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan, memperbaiki keadaan pekerjaan, mempercepatkan pemodenan dan meningkatkan taraf hidup masyarakatnya. Dalam era globalisasi dan liberalisasi, aktiviti perdagangan dan pelaburan berkembang pesat, yang membawa kepada peningkatan hubungan pelbagai hala antara Malaysia dan negara-negara lain tidak kira tahap pembangunan mereka. Ianya berkait rapat dengan globalisasi dan hubungan diantara negara-negara yang menjalankan perdagangan antarabangsa. Dari perspektif global, hubungan antara FDI dan pertumbuhan ekonomi dari segi kestabilan pertumbuhan ini merupakan pertimbangan utama kerana negara-negara tuan rumah menilai perdagangan mereka dengan kemasukan pelaburan asing. Ini telah dipertimbangkan dalam konteks prestasi jangka panjang. Hasil hujah daripada Romer(1993) menyatakan bahawa jurang idea telah menahan pertumbuhan ini daripada berlaku di pasaran baru muncul. Sekiranya jurang idea telah menghalang pertumbuhan, FDI boleh mendorong dalam pembangunan proses. Secara umumnya, kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui peranan pelaburan langsung asing dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia. Perkembangan FDI dalam ekonomi dapat dilihat melalui Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK). Persoalannya adakah FDI menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri-negeri di Malaysia berdasarkan KDNK negeri-negeri di Malaysia. Selain itu, adakah dengan jumlah FDI yang rendah yang diterima di sesetengah negeri mengakibatkan negeri tersebut lebin mundur daripada negeri-negeri yang menerima jumlah FDI yang lebih tinggi. Ini adalah amat penting bagi
7
negara yang sedang membangun seperti Malaysia dan ianya perlu dikaji secara berterusan agar pelabur dari luar akan tetap melabur walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

1.5 Objektif Kajian
Objektif utama dalam kajian ini adalah:
Untuk mengetahui negeri yang menerima sumbangan FDI paling banyak.

Untuk mengkaji sumbangan FDI kepada gunatenaga negeri-negeri di Malaysia.

Mengkaji industri yang banyak mendapat manfaat dari FDI.

1.6 Kepentingan Kajian
Kepentingan kajian dapat dilihat dari segi:
Tempoh kajian yang lebih terkini berbanding dengan kajian-kajian yang lepas dengan menggunakan data-data yang terkini dimana satu analisis data yang lebih relevan dan terkini dapat dikenalpasti.

Dapat membuat perbandingan dan menilai pertumbuhan ekonomi negeri yang mendapat sumbangan FDI paling banyak dengan negeri yang mendapat sumbangan FDI yang sedikit.
8
BAB 2 : SOROTAN KARYA
2.1 Pendahuluan
Bahagian ini bermula dengan menyediakan pengenalan dan hujah tentang mengapa meningkatkan ‘produktiviti buruh’ adalah penting bagi firma domestik di negara-negara membangun dan peranan yang boleh dimainkan oleh FDI. Pembentangan hujah-hujah teoritis yang berbeza dan penemuan empirikal pada limpahan kesan perusahaan asing juga terdapat dalam bahagian ini.
Pelaburan langsung asing boleh ditakrifkan sebagai pemilikan atau kawalan dalam syarikat asing dimana 10% atau lebih sekuriti dalam syarikat. FDI memerlukan teknologi baru, kapita dan kemahiran pengurusan. Disamping itu, FDI membolehkan syarikat yang terlibat dalam penawaran penting barang-barang yang boleh dikomsumsikan ke pasaran dan perkhidmatan kepada rakyat untuk mempunyai kestabilan dan kepastian dalam usaha memacu ekonomi yang berterusan sepanjang masa yang akan datang. Terdapat dua jenis FDI iaitu yang mendatar dan menegak dimana kedua-duanya menyumbang untuk mengekalkan dan membawa kestabilan ekonomi dan juga menawarkan peluang pekerjaan kepada dalam sektor ekonomi tuan rumah. Syarikat dalam FDI secara mendatar mahu mengambil kesempatan daripada platfom antarabangsa dengan menjual barangan dan perkhidmatan mereka di seluruh dunia dengan bantuan globalisasi dan pelaburan langsung asing. Ianya menyediakan platfom kepada syarikat-syarikat untuk mempamerkan kelebihan mereka dan pada masa yang sama mengambil peluang untuk meningkatkan kekayaan mereka dalam negara domestik. FDI mendatar ini merupakan model tradisional yang diikuti oleh negara Jepun dalam mengembangkan perniagaan mereka kerana mereka
9
percaya yang model ini mempunyai kelebihan tertentu. Ia juga membantu mereka dalam mengurangkan risiko dan berkongsi sumber mereka yang telah dibangunkan oleh mereka di negara tuan rumah. Terdapat sesetengah syarikat yang masuk ke dalam FDI menegak adalah untuk mengurangkan kos bahan mentah yang digunakan oleh mereka sendiri ataupun pembekalan beberapa komponen penting.

2.2 Sorotan Karya
2.2.1 Pelaburan Langsung Asing (FDI)
Terdapat banyak definisi Pelaburan Langsung Asing (FDI), tetapi definisi yang paling diterima adalah daripada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). Menurut WTO, pelaburan langsung asing dianggap sebagai apa-apa pelaburan yang di mana pelabur dari suatu negara melabur di negara asing di Malaysia penciptaan aset atau harta perusahaan, dengan hak untuk mengawal perniagaannya.

Dalam kajian yang dilakukan oleh Yao dan Wei(2007) telah menyampaikan dan menguji kaji dua cadangan mengenai FDI dalam pertumbuhan ekonomi bagi ekonomi perindustrian baru. Pertama, FDI merupakan faktor peningkatan kecekapan pengeluaran kerana ianya membantu dalam mengurangkan jurang di antara tingkat produksi sebenar dan perbatasan produksi yang mantap. Kedua, FDI mempunyai kelebihan dalam teknologi dan pengetahuan dimana ia membantu dalam peralihan sempadan pengeluaran negara dosmetik. FDI adalah pemacu pertumbuhan ekonomi yang hebat dalam membantu pembangunan ekonomi perindustrian baru bersaing dengan negara-negara maju di dunia. Ianya adalah kerana peranan FDI sebagai penggerak kecekapan pengeluaran dan peralihan sempadan pengeluaran.
10
2.2.2 FDI dan Gunatenaga
Pelaburan langsung asing yang terdapat di Malaysia turut menyumbang pada pertumbuhan dalam pekerjaan. Apabila syarikat asing mula beroperasi, mereka biasanya mengupah orang terutamanya jika pelaburan adalah greenfield, iaitu jika kemudahan baru dibuat dan jika pengeluaran memerlukan lebih banyak tenaga kerja, maka memerlukan banyak orang. Selalunya, syarikat tempatan menjadi pembekal tenaga kerja kepada pelabur asing yang baru dan secara tidak langsung mereka juga meningkatkan peluang pekerjaan. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Li dan Liu (2005), dengan menggunakan data panel daripada 84 negara untuk menyiasat pengaruh FDI mengenai pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Kajian itu mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara FDI dan pertumbuhan ekonomi. Selain itu, hubungan yang lebih kuat telah diekstrak apabila FDI berinteraksi dengan modal insan. Alasan mereka ialah modal insan yang lebih tinggi dan kuat modal akan menimbulkan keupayaan penyerapan yang lebih baik disebabkan sifat pelengkap FDI dan modal insan, dan ianya adalah penting bagi negara-negara membangun. Hayami and Godo(2005), dalam kajian yang dilakukan oleh mereka menyatakan untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan, salah satu isu utama bagi negara-negara membangun adalah untuk mendapatkan modal asing yang mencukupi untuk melepaskan diri dari lingkaran tabungan yang rendah dan pertumbuhan ekonomi yang rendah. Melalui pelaburan langsung asing (FDI), negara-negara tuan rumah bukan sahaja dapat memperoleh modal yang diperlukan, tetapi juga memperoleh kemahiran teknologi, pengurusan dan pemasaran. Inilah sebabnya mengapa ramai ahli akademik dan pembuat dasar menumpukan kepada kesan FDI terhadap produktiviti syarikat domestik. Selain daripada dapat membantu dalam pertumbuhan
11
ekonomi negara tuan rumah, FDI juga dilihat dapat membantu dalam memberi peluang pekerjaan serta kemahiran kepada negara tuan rumah. Dalam kajian Aitken dan Harrison(1999) menyatakan bahawa perusahaan asing mungkin memainkan peranan mereka sendiri dalam pembangunan modal insan pada umumnya dan produktiviti pekerja khususnya. Dalam hujah Cuyvers et al(2008), menyatakan apabila syarikat multinasional memutuskan untuk melabur di negara-negara membangun, ia dijangkakan akan membawa modal dan aset tak ketara yang. Di samping itu, produktiviti pekerja negara tuan rumah adalah dijangkakan akan meningkat apabila mereka menerima latihan atau mengumpul pengalaman semasa bekerja dengan syarikat multinasional. Apabila para pekerja ini bergerak ke firma domestik, mereka membawa beberapa pengetahuan diperoleh daripada perusahaan multinasional. Karlsson et al (2009) menggunakan Data FDI dalam pelbagai kategori firma pembuatan di China dari tahun 1998 hingga 2004 menilai kesan FDI ke atas pekerjaan langsung dan tidak langsung. Mereka menyatakan bahawa firma asing dan swasta domestik mempunyai pertumbuhan pekerjaan yang agak tinggi. Pertumbuhan tinggi firma asing ini disebabkan oleh firma yang menguntungkan mempunyai ciri-ciri seperti intensiti modal dan produktiviti yang tinggi dan kadar survival yang agak tinggi yang dimiliki oleh firma milik asing. Mengenai kesan tidak langsung, analisis empirikal mendapati kesan positif FDI ke atas milik swasta firma, mungkin kerana limpahan dan kesan pembelajaran atau demonstrasi adalah lebih penting daripada kesan persaingan.

12
2.2.3 Hubungan FDI dan KDNK
Chowdhury dan Mavrotes (2006), dalam kajian mereka mengkaji kaitan di antara FDI dan pertumbuhan ekonomi dengan menggunakan kajian Toda-Yamamoto untuk
tiga negara yang membangun iaitu Chile, Thailand dan Malaysia. Di dalam kajian mereka dapati terdapat kuasa yang tidak langsung dari Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK) kepada FDI di Chile dan bukti yang kukuh mengenai kaedah dua arah di Thailand dan Malaysia. Choong (2012), dalam kajian terbarunya mengkaji berkenaan hubungan FDI dan pertumbuhan negara dan mendapatkan bukti baharu yang mengesahkan pembangunan kewangan domestik adalah sebagai prasyarat untuk merealisasikan kesan pertumbuhan FDI yang positif. Selain itu, Azman,Saini et al. (2010) dalam kajian mereka secara empirikalnya menyediakan bukti mengatakan bahawa pembangunan kewangan yang berfungsi dengan baik akan menyebabkan hubungan FDI dan pertumbuhan ekonomi menjadi positif melalui keupayaan negara yang tinggi dalam merealisasikan kesan pertumbuhan yang positif daripada limpahan FDI.

2.3 Ringkasan
Umumnya, berdasarkan kajian kes FDI dan pertumbuhan ekonomi yang telah dibuat sebelum ini jelas bahawa FDI mempunyai kepentingan yang tersendiri dalam memacu ekonomi negara. FDI mempunyai kesan yang amat menggalakkan ke atas pertumbuhan ekonomi negara penerima pelaburan. Pelbagai kajian telah dilakukan mengenai kepentingan FDI dalam memacu ekonomi sesebuah negara. Jelas sekali bahawa FDI memainkan peranan yang amat penting bagi sesebuah negara yang sedang dan ingin maju.

13
BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN
Pendekatan Kajian
Persekitaran semulajadi dari kajian analitik mencirikan keadaan penting yang akan menentukan metodologi penilaian yang paling sesuai dilaksanakan. Apabila mempelajari sains sosial dan bidang berkaitan yang berkaitan dengan pembangunan sosial dan ekonomi secara keseluruhan, penerokaan cenderung menjadi mencabar. Seperti yang dicatat oleh Torraco (2004), kajian mengenai pembangunan aset paling berharga dan paling rumit dari mana-mana firma (sumber manusia) memerlukan metodologi dan pendekatan tertentu. Kesukaran mempunyai kecenderungan untuk naik sementara mengambil kira pelbagai hasil. Kecekapan FDI dan kajian pelaburan, yang dikaitkan dengan penduduk dan budaya tempatan negara penerima, serta pembangunan budaya entiti pelaburan, memberikan bukti yang relevan mengenai tahap kejayaan atau kegagalan program pembangunan ekonomi. Walau bagaimanapun, ini mengambil kira beberapa atau beberapa objektif yang mungkin penting ketika menilai impak keseluruhan pelaburan tertentu dalam pembangunan ekonomi keseluruhan. Kajian ini adalah bersifat deskriptif di mana trend hubungan antara Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan gunatenaga sektor pembuatan di Malaysia dalam tempoh masa 26 tahun sebagai tahun kajian iaitu dari tahun 1990 sehingga 2016 dikaji. Faktor lain seperti keluaran dalam negara kasar (KDNK) di Malaysia turut dibincangkan dalam kajian ini.
14
3.2 Data Kajian
Bagi mencapai objektif-obejktif dalam kajian ini, data yang digunapakai adalah data sekunder daripada Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dan Jabatan Perangkaan Malaysia. Data-data adalah berdasarkan kepada maklumat pengkalan data yang dicapai pada bahagian jumlah pelaburan asing dan jumlah gunatenaga. Selain itu, datan keluaran dalam negera kasar turut digunakan.

3.3 Analisis Kajian
Bagi menjawab objektif-objektif penyelidikan, analisis akan dijalankan secara deskriptif iaitu melalui analisa kekerapan, peratusan dan dibentangkan dalam bentuk jadual dan graf. Data dari pengkalan data MIDA dan Jabatan Perangkaan Malaysia akan digunakan bagi mengenalpasti perkara-perkara berikut:
Jumlah pelaburan yang dilaburkan dalam sektor kedua iaitu sektor pembuatan.

Jumlah gunatenaga yang disumbangkan melalui pelaburan FDI
Kadar kdnk yang berkait
15
BAB 4 : DAPATAN DAN PERBINCANGAN
4.1 DAPATAN KAJIAN
Selaras dengan peningkatan perniagaan dalam pelaburan domestik ekosistem, sektor pembuatan terus menarik pelaburan domestik dan asing dengan pelaburan yang diluluskan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berjumlah RM114 bilion dalam tempoh 27 tahun dari tahun 1990-2016. Sumber utama pelaburan asing berasal dari Jepun, China, Jerman dan Singapura yang mana bersama menyumbang 79.4% daripada jumlah pelaburan asing. Sementara itu, pelbagai inisiatif perniagaan yang dilancarkan oleh kerajaan untuk menarik pelaburan swasta menghasilkan keputusan positif.
Negeri penerima utama dan paling banyak kemasukkan FDI dalam tempoh 26 tahun yang lepas iaitu dari tahun 1990 sehingga tahun 2016 adalah negeri Johor sebanyak RM 64 bilion,diikuti dengan negeri Selangor sebanyak RM 59bilion, Pulau Pinang sebanyak RM 58bilion dan negeri paling sedikit menerima pelaburan asing FDI ini adalah negeri Wilayah Persekutuan Labuan iaitu hanya sebanyak RM 31juta.(lihat jadual 2). Berdasarkan Laporan Rancangan Malaysia Kesembilan (Malaysia, 2006), jurang pembangunan di antara rantau boleh dikenalpasti oleh Indeks Komposit Pembangunan Negara (PFI), Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan pertumbuhan,pendapatan isi rumah dan kadar kemiskinan dan daya tarikan pelaburan baru dalam sektor perkilangan. Arah aliran pelaburan dilihat lebih tertumpu kepada negara yang lebih maju daripada negara kurang maju. Negeri-negeri maju seperti Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Melaka masih menjadi pilihan utama bagi pelabur tempatan dan pelabur asing. Contohnya, sejumlah 4807 projek
16
perkilangan yang diluluskan pada tahun 2001 hingga tahun 2005 bernilai RM132.4 bilion. Sejumlah RM73.6 bilion atau 55.6 peratus adalah tertumpu di Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Melaka. Baki 44.4 peratus yang tersebar di sembilan negeri dan dua wilayah persekutuan yang lain. Dalam kajian Katiman Rostam (2001), dia mendapati bahawa negara-negara dengan kelebihan daya saing dan menawarkan pelbagai kelebihan ekonomi ke atas lokasi tumpuan pelabur, terutamanya pelaburan langsung asing. Sejak tahun 1970-an, dia mendapati lebih banyak lagi negeri maju seperti Selangor telah menjadi pelabur utama dan menjadi lebih penting selepas tahun 2001. Syarikat asing boleh memilih kawasan dan mereka akan pergi ke tempat yang mempunyai prasarana yang baik. Contohnya Pengerang di Johor muncul dengan pelaburan sebanyak AS$20 bilion (RM89.2 bilion) dalam minyak dan gas. Ianya merupakan negeri yang menjadi destinasi kegemaran para pelabur asing kerana Johor merupakan satu negeri yang maju dan mempunyai infrastruktur yang baik. Selain itu, faktor berjiran dan bersempadan dengan negara maju Singapura juga merupakan salah satu faktor yang menarik bagi FDI. Terdapat beberapa faktor dan sebab bagi negeri-negeri yang meraih pelaburan asing terkecil seperti Kelantan, Perlis, Sabah, Perak dan Labuan. Dianataranya adalah seperti Kelantan yang mana merupakan salah satu negeri yang kurang maju dari segi prasarana dan infrastruktur. Manakala Sabah yang berada di bahagian timur Malaysia pula mungkin disebabkan oleh keadaan muka bumi yang kurang menarik minat pelabur asing untuk membuat pelaburan. Kebanyakkan pelabur asing membuat keputusan berdasarkan dasar tanah dan prasarana yang terdapat pada sesebuah negeri tersebut.

17
Jadual 2 : Jumlah Pelaburan Asing Dalam Negeri-negeri Di Malaysia
NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA PELABURAN ASING (RM)
JOHOR 64,002,895,622
KEDAH 34,818,109,673
KELANTAN 924,132,409
MELAKA 22,733,435,454
NEGERI SEMBILAN 22,241,466,998
PULAU PINANG 58,619,722,199
PAHANG 17,058,429,959
PERAK 9,268,043,692
PERLIS 244,410,865
SABAH 3,646,153,141
SARAWAK 24,399,867,897
SELANGOR 59,042,132,053
TERENGGANU 10,394,915,243
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 1,217,969,217
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN 31,595,318
JUMLAH KESELURUHAN 328,643,279,740
Sumber: Ubah suai data pelbagai tahun MIDA
Industri elektrik dan elektronik secara konsisten menjadi penerima yang terbesar(lihat rajah 1). Ia menerima lebih daripada RM9 bilion pelaburan asing pada tahun puncak 1996. Krisis kewangan tahun 1997 melambatkan aliran masuk dengan ketara pada tahun 1998. Aliran pelabuan asing dalam sektor dengan jumlah pelaburan modal yang dicadangkan turut terjejas. Amaun FDI dari segi aplikasi yang diterima untuk penubuhan projek pembuatan menurun daripada RM14 bilion (AS $ 5 bilion) pada tahun 1997 kepada RM12.6 bilion (US $ 3.2 bilion) pada tahun 1998. Ia seterusnya menurun kepada RM9 bilion (US $ 2.4 bilion) pada tahun 1999. Walau bagaimanapun, ia meningkat semula pada tahun 1999 oleh hampir empat kali ganda. Perlu diingat bahawa sektor produk petroleum tidak secara drastik terjejas oleh krisis
18
mata wang tahun 1997. Ini mungkin disebabkan oleh fakta bahawa tidak seperti sektor elektronik di mana komponen sebahagian besarnya diimport dan dengan itu terdedah kepada susut nilai mata wang, sektor produk petroleum hanya mengimport modal peralatan. Sektor pembuatan mengalami transformasi yang ketara dengan penggunaan barangan perkilangan terus melonjak dan kemunculan pasaran yang juga menjadi semakin canggih. Perubahan teknologi, yang mana inisiatif yang diperbadankan seperti robot-robot maju, pendigitalan kilang besar-besaran dan percetakan 3-D bersama dengan pelbagai inovasi tenaga, telah meningkat.

Sebanyak 733 projek perkilangan dengan pelaburan bernilai RM58.5 bilion telah diluluskan pada tahun 2016 berbanding dengan 680 perkilangan projek dengan pelaburan RM74.7 bilion pada 2015. Di tengah-tengah risiko dan ketidakpastian di peringkat global, pelabur tetap yakin Malaysia menjadi destinasi pelaburan asing yang berdaya maju. Pelaburan asing pada tahun 2016 berjumlah kepada RM27.4 bilion dan diambil kira untuk 46.8 peratus daripada jumlah keseluruhan pelaburan
yang diluluskan untuk tahun. Baki RM31.1 bilion datang dari pelaburan dalam negeri. Produk petroleum termasuk petrokimia mencatatkan pelaburan tertinggi yang diluluskan pada tahun 2016 iaitu berjumlah RM15.3 bilion. Ini diikuti oleh produk
E ; E berjumlah RM9.2 bilion, produk asas logam berjumlah RM5.0 bilion, peralatan pengangkutan berjumlah RM4.8 bilion, gas asli berjumlah RM3.6 bilion, pembuatan makanan berjumlah RM3.3 bilion, kimia dan produk kimia berjumlah RM3.1 bilion dan produk bukan logam berjumlah RM3.0 bilion. Lapan industri ini menyumbang RM47.9 bilion atau 81.9 peratus daripada jumlah keseluruhan pelaburan yang diluluskan. Projek pelaburan asing yang diluluskan di sektor
19
pembuatan pada tahun 2016 adalah berjumlah RM27.4 bilion. Daripada jumlah RM27.4 bilion projek yang diluluskan, RM10.3 bilion atau 37.6 peratus adalah dalam projek baru manakala baki RM17.1 bilion atau 62.4 peratus adalah dalam pengembangan ataupun kepelbagaian projek. Produk E ; E menyumbang jumlah terbesar pelaburan asing iaitu berjumlah RM7.9 bilion. Industri lain yang mempunyai tahap pelaburan asing ysng tinggi adalah produk petroleum termasuk petrokimia berjumlah RM5.6 bilion, produk logam asas berjumlah RM2.2 bilion dan produk bukan berjumlah RM1.9 bilion. Pada tahun 2016, Republik Rakyat China (PRC) adalah yang penyokong pelaburan paling kuat dalam sektor pembuatan di Malaysia dengan sumbangan pelaburan sebanyak RM4.8 bilion, diikuti oleh Belanda dengan pelaburan RM3.2 bilion. Sumber utama pelaburan asing lain pada tahun 2016 adalah Jerman dengan jumlah pelaburan RM2.6 bilion, United Kingdom berjumlah RM2.6 bilion, Korea berjumlah RM2.2 bilion dan Singapura berjumlah RM2.1 bilion. Ini merupakan enam buah negara yamg menyumbang bersama untuk 63.9 peratus dari jumlah keseluruhan asing pelaburan yang diluluskan semasa tempoh itu.

20
Rajah 1 : Jumlah Pelaburan asing Dalam Subsektor Sektor PembuatanSumber: Ubah suai data pelbagai tahun MIDA
Dari segi pekerjaan, sektor pembuatan menyumbang 16.4% kepada jumlah pekerjaan. Jumlah pekerja yang terlibat dalam sektor pembuatan pada bulan November 2014 adalah 1,030,383 orang, peningkatan sebanyak 0.1% berbanding dengan bulan sebelumnya. Sementara itu, berdasarkan tahun ke tahun, jumlah pekerja meningkat sebanyak 1.5% atau 15,036 orang berbanding 1,015,347 orang pada November 2013 (Jabatan Perangkaan 2014). Sektor pembuatan mempunyai jumlah kekosongan jawatan tertinggi dengan merekodkan sebanyak 259,831 kekosongan daripada 757,031 jumlah kekosongan semasa 8 bulan pertama tahun 2014 berbanding 8 bulan pertama tahun 2013 iaitu 905,882 kekosongan. Walaupun terdapat pemberhentian yang berlaku, dimana sektor pembuatan mencatat jumlah
pemberhentian tertinggi, iaitu 65% daripada jumlah pemberhentian pekerja yang berlaku(Jabatan Perangkaan 2015). Di dalam tempoh yang sama, sektor pembuatan
21
turut menyerap sebanyak 13,910 orang pencari kerja. Projek yang diluluskan pada
tahun 2016 telah mencipta peluang pekerjaan untuk 64,120 orang. Daripada jumlah ini, 13,480 atau 21 peratus berada dalam bahagian pengurusan, teknikal dan kategori penyeliaan, 10,844 atau 16.9 peratus berada dalam kategori pekerja mahir dan 11,565 atau 18 peratus adalah jualan, perkeranian dan kategori lain. Kebanyakan peluang pekerjaan berada dalam industri E ; E dengan 16,260 pekerjaan, diikuti oleh peralatan pengangkutan sebanyak 7,239 dan produk getah sebanyak 6,916. FDI dilihat mampu menyediakan banyak peluang pekerjaan selari dengan jumlah pelaburan yang dilakukan dalam Malaysia(lihat rajah 3). Menurut Datuk Seri Mustapa Mohamed. Mustapa, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam pelancaran seminar Teknologi Automasi dan Pembuatan Pintar 2017, anjuran Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida), kira-kira 1 juta rakyat Malaysia bekerja untuk pelabur asing di negara ini hasil daripada pelaburan langsung asing yang dilaburkan dalam Malaysia.

22
Rajah 2 : Jumlah gunatenaga dan pelaburan langsung asing negeri-negeri di Malaysia

Sumber: Ubah suai data pelbagai tahun MIDA
Manakala dari segi peratusan aliran masuk bersih bagi pelaburan langsung asing dalam KDNK di Malaysia adalah sebanyak 4.56 pada 2016. Nilai tertinggi sejak 26 tahun yang lalu ialah 8.76 pada tahun 1992, manakala nilai terendah ialah 0.06 pada tahun 2009(lihat jadual 3 dan rajah 2). Krisis kewangan Asia 1997-1998 sangat menjejaskan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar menurun daripada 7.4 peratus pada tahun 1997 kepada -7.4 peratus pada tahun 1998. Menjelang tahun 1999, pertumbuhan meningkat kepada 5.3 peratus.

23
Jadual 3 : Kadar % Pelaburan Asing Daripada KDNK
TAHUN %KDNK TAHUN %KDNK TAHUN %KDNK TAHUN %KDNK
1990 5.3 1997 5.14 2004 3.51 2011 5.07
1991 8.14 1998 3 2005 2.73 2012 2.83
1992 8.76 1999 4.92 2006 4.73 2013 3.49
1993 7.48 2000 4.04 2007 4.69 2014 3.14
1994 5.83 2001 0.6 2008 3.28 2015 3.33
1995 4.71 2002 3.17 2009 0.06 2016 4.56
1996 5.04 2003 2.92 2010 4.27    
Sumber: Ubah suai data pelbagai tahun MIDA
Rajah 3 : Graf Kadar % Pelaburan Asing Daripada KDNK

Sumber: Ubah suai data pelbagai tahun MIDA
4.2 PERBINCANGAN
Malaysia merupakan negara ASEAN yang menjadi destinasi pilihan para pelabur asing melabur adalah disebabkan oleh beberapa faktor-faktor utama. Diantaranya adalah dasar pelaburan yang liberal dan telus, kos yang kompetitif, rasionalisasi perkhidmatan awam, insentif pelaburan menarik, lokasi strategik yang berkaitan
24
dengan kedekatan pasaran utama Asia dan kuasa perbelanjaan yang semakin
meningkat. Selain daripada faktor tersebut, terdapat juga faktor dari segi tenagakerja seperti tenagakerja yang boleh berbahasa inggeris dan pekerja berkemahiran tinggi, kos tidak langsung buruh adalah rendah daripada sesetengah negara dan tenagakerja rakyat malaysia mempunyai kompetensi operasi yang lebih tinggi untuk membolehkan syarikat mempertingkatkan pengeluaran dengan cepat dan membuat perubahan untuk memenuhi kehendak pasaran. Manakala MIDA turut memainkan peranan iaitu mereka menubuh dan menstrukturkan MIDA-Academia-Industri bagi memberi perkhidmatan keperluan modal insan, mewujudkan pusat data graduan bagi memenuhi kehendak pelabur dan komplikasi pusat data program perkembangan bakat serta terus bekerjasama dengan Talent Corporation bagi mengenal pasti sektor-sektor tertentu yang memerlukan bakat berkemahiran.

25
BAB 5 : KESIMPULAN
Pelaburan langsung asing terus memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia terutamanya negeri-negeri yang ingin membangun dalam Malaysia. Selain itu, didapati FDI turut memainkan peranan penting dalam merangsang pertumbuhan dalam sektor pembuatan negeri-negeri di Malaysia. Ini amat jelas sekali dalam sektor pembuatan terutamanya industri elektrik dan elektronik. Selain daripada meningkatkan ekonomi negara, pelaburan langsung asing juga mewujudkan peluang pekerjaan dan menjana ekonomi negeri-negeri penerima FDI, syarikat multinasional asing juga telah menyumbang kepada pembangunan keupayaan teknikal penduduk tempatan. Ini adalah melalui proses pemindahan teknologi. Kaedah utama yang dilakukan oleh proses ini adalah melalui hubungan yang ditubuhkan antara syarikat multinasional dan milik tempatan pembekal dan melalui proses membangunkan kemahiran rakyat Malaysia yang bekerja di multinasional. Di samping itu, kajian turut menunjukkan kemajuan dari segi buruh ataupun tenaga kerja dan teknologi telah menyumbang secara positif kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah negeri. Secara keseluruhan, memandangkan FDI semakin penting, hala tuju dasar yang memberi tumpuan kepada modal insan, meningkatkan produktiviti dan keupayaan inovatif sektor pembuatan dan mengukuhkan industri dan institusi sokongan adalah dicadangkan. Disamping itu, ianya boleh digunakan sebagai salah satu strategi dalam mempromosikan dan menjadikan Malaysia sebagai destinasi menarik bagi FDI.

26
RUJUKAN
Aitken, B. and A. Harrison. (1999). Do Domestic Firms Benefit from Direct Foreign Investment? Evidence from Venezuela’, The American Economic Review 89(3): 605-618
Ariff,M. & Yokoyama,H.(1992) FDI in Malaysia. Tokyo:Institute of developing economies.

Azman-Saini, W. N. W., Law, S. H. & Abdul Halim, A. (2010). FDI and economic growth: new evidence of the role of financial markets. Economics Letters 210: 211-213.

Bank Negara Malaysia.LaporanTahunan.PelbagaiKeluaran.Kuala Lumpur. Percetakan Negara.

Bijit Bora(2002) Foreign Direct Investment:Research issue.

Choong, C. K. (2012). Does the domestic financial development enhance the linkages between foreign direct investment and economic growth? Empirical Economics 42: 819-834
Chowdhury, A. & Marvotes,G.(2006).FDI and growth:What cause what? The world economy.

Competitiveness Yearbook 2014. Institute for Management Development’s (IMD)
Cuyvers, L., Soeng, R., Plasmans, J. and Bulcke, D.V.d. (2008). Productivity Spillovers from Foreign Direct Investment in the Cambodian Manufacturing
27
Industry: Evidence from Establishment-Level Data. Research Paper 2008. University of Antwerp.

David Romer. (1993). Openness and Inflation: Theory and Evidence. Journal of Economics (Issue 4).

Hayami, Yujiro and Godo (2005). Development Economics: From the Poverty to the Wealth of Nations. Oxford University Press.

International Monetary Fundn (1993). Balance of Payments Manual: Fifth Edition (BPM5) Washington, D.C.

Jabatan Perangkaan Malaysia. (2014). Laporan Tahunan. Putrajaya, WP: Malaysia
Jabatan Perangkaan Malaysia. (2015). Laporan Tahunan. Putrajaya, WP: Malaysia
Jepun, Jerman dan As pelabur terbesar Malaysia bukan China.(2017, Januari 12).http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/
Katimah Rostam. (2001).Dasar dan strategi petempatan dalam pembangunan negara. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Karlsson, S., Lundin, N., and Sjoholm, F., and He, P. (2009). Foreign Firms and Chinese Employment.World Economy 32 (1) 178-201
Laporan Rancangan Malaysia Kesembilan. (2006). Putrajaya, WP: Malaysia.

Mohd.Nazri Ismail ; Siti Ami Basir. (2001). Modal asing dan kemerdekaan negara. Dalam pemikir.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.

28
Weng Hong Lum. (1998). The Impacts of Foreign Direct Investment on Malaysia Manufacturing Sector. Universiti Putra Malaysia
Yao,S. ; Wei,K.(2007). Economic Growth In The Presence of FDI:The perspective of newly industrialising economies.Jurnal of Comporative Economics.

Jepun, Jerman dan As pelabur terbesar Malaysia bukan China.(2017, Januari 12).http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/
29